16.8.10

Bagaimana mahu menerima hakikat?

Salam kasih lagi limpahan mulia Ramadhan pada anda semua.kehidupan yg makin jauh dan jalan yg makin luas membuatkn kte mahu mencari kesempurnaan walhal tiada jua kepuasan yg kte dapat dengan hanya mencari kepuasan semata tanpa menilai keadaan diri sendiri.mungkin bukan semua yg bersependapat dengan entry saya ini namun haruslah di ingat bahawa wajarlah kita menerima hakikat untuk jalan yg telah kita pilih sama ada suka mahupun duka.

Bersamaan dengan takdir Allah Maha Besar hanya dengan ketentuan dan jalan hidup yg dipilih itu menjadikan kita begini pada hari ini.bukan bermaksud berserah semata namun kita perlu berusaha menjadikan apa yg kita inginkan ada dlm pilihan hidup kita.
Ingat lah kamu semua bahawa tiap yg terjadi pasti mengundang seribu satu hikmah yg mendalam dan ketahuilah kamu wahai manusia menerima hakikat dalam hidup bukan bererti kalah namun itu menunjukkan kamu kuat menerima ketentuan yg Maha Agung tanpa rungutan mahupun keluhan atas apa yg telah ditakdirkan.

Bukan mudah menerima sesuatu keputusan jika kita belum bersedia menghadapi risikonya,tapi janganlah disebabkan itu kamu berpatah hati untuk meneruskan kehidupan.banyak lagi perkara yg boleh diterokai di muka bumi Allah ini.

Terima sesuatu keputusan atau keadaan dengan hati yg tenang..bak kata orang : "cakap memang la senang,cuba hadapi sendiri baru tau bagaimana perasaan itu?"

Saya belajar satu perkara baru dalam hidup yg ingin saya kongsikan utk semua yg sudi singgah baca blog ini,saya telah diajar oleh seseorang yg sgt saya hormati dek kerana jalan cerita hidupnya,kisah suka duka permasalahan keluarganya,dan saya sendiri mengenali anak2nya.seorang yg saya hormati itu selalu berpesan : "zura.kalo kamu menghadapi sesuatu itu hadapilah dengan tenang,kerana orang yg tenang itu senang.senang akan melancarkan segalanya.bukan makna kita tenang kita diam kita kalah,tapi sesungguhnya org yg tenang itu byk fadilatnya."

Hingga ke saat ini,saya masih memegang kata2 itu InsyaAllah hingga akhirnya Dia tetap saya hormati dan kenang sampai bila2..
Terima kasih pak cik yg xterhingga dari saya,walaupun pak cik xdpt membaca entry ini,namun doa saya untuk pak cik xpenah putus sama seperti mak dan abah saya panjatkan doa untuk kesejahteraan dunia mahupun akhirat...


Aku Kembali

  Assalamualaikum semua. Selepas hampir bertahun aku tinggalkan dunia blog ini,tapi hati tu kadang teringin jugak nak menulis dan meluahkan ...