2.10.23

Aku Kembali

 



Assalamualaikum semua.

Selepas hampir bertahun aku tinggalkan dunia blog ini,tapi hati tu kadang teringin jugak nak menulis dan meluahkan disini.terciptanya semua kenangan dan pengalaman hidup aku.

Bukan nk cerita apa pun hanyalah sekadar nak mengisi ruang blog ini.maklumla dah lama tak menaip.asyik scroll tiktok pon bosan jugak.tumpul dah otak ini.sekali sekala bagus juga aku menulis dan menajamkan minda.

So far kehidupan Alhamdulillah segala puji bagi Allah,bersyukur atas apa yang ada.

Terima Kasih Allah.

Semoga kita bersua lagi di ruangan yang dah tak berapa orang nak ambil tahu sangat.hahahaha.zaman blogger dah berlalu.

13.4.22

 Assalamualaikum...

Bermulanya aku menulis kembali setelah bertahun blog ini aku tinggalkan.hanya kenangan dalam bidang penulisan sahaja yang masih aku simpan.

Kesempatan untuk aku menulis sudah lebur.

Kini aku cuba untuk memenuhi ruang blog ini kembali untuk memberi kesempatan dan peluang supaya otak aku tidak tumpul.hahaha

Sudah 10 tahun perkhidmatan aku dalam sektor kerajaan.sudah lebih 3 buah sekolah setakat ini aku berkhidmat.sepanjang menjalankan perkhidmatan aku banyak memehami kerenah manusia,kefahaman mereka dan kelakuan murid-murid yang pelbagai.

Bukan itu sahaja,setiap pengalaman bersama anak istimewa ini membawa aku kepada pengalaman yang luar biasa dan bermakna.

Penat jangan cakap,dalam membentuk diri dan pengurusan murid-murid ini.

Murid istimewa ini perlukan pendekatan berbeza dengan kategori murid normal.

Akan tetapi pengalaman ini akan aku simpan kemas dalam memori agar setiap perjalanan kerjaya aku dapat dilakukan dengan penuh iltizam.

Semua pengalaman akan mematangkan kita untuk menempuh kehidupan akan datang. 

Sehingga berjumpa kembali di posting yang lain.Salam Ramadhan Al Mubarak.


26.9.17

Kehadiran Yang Dinanti

Assalamualaikum

Syukur kepada Allah kerana telah makbulkan doaku ini.Akhirnya pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu aku telah pon disahkan mengandung.
Allahurabbi

Betapa gembiranya hati ini yang telah lama menanti untuk menceriakan lagi hari-hari kami suami isteri.Sebagai tanda kasih sayang untuk suamiku,inilah hadiah yang sayang mampu beri pada abang.

Terima kasih Allah atas kurniaan ini.

Pengalaman aku kali ini agak panjang,memandangkan dulu aku hanya sempat pregnant 2 bulan.
Alhamdulillah kini aku dah lepas tahap-tahap yang mencabar iaitu morning sickness.
Sekarang aku dah masuk bulan yang ke 5.Meniti hari-hari yang mendatang aku berasa ini adalah pengalaman yang agak mencabar sebagai seorang ibu.
Orang cakap time pregnant enjoy la puas-puas.Nanti dah bersalin tinggal nak jadi mata panda je.Hehehe.

So far aku punya morning sickness sebulan lebih.Memang terus melepek lepas makan pagi.Suami aku setia disis sampaikan hampir semua kerja rumah suami aku buat.Aku dah tak larat nak bangun.
Badan pun turun sampai 2kg.

Bila dah melepasi tahap morning sickness alhamdulillah selera makin baik.So far aku boleh makan dan kadang-kadang teringin untuk sesuatu yang senang nak dapat.
Belum lagi yang pelik-pelik aku rasa nak makan.

Aku akan sambung penulisan selepas ini.
Aku dah lapar lagi nak makan.hehehehe.

Daaaa...

19.3.17

Penyejuk Mata Kami


Assalamualaikum semua..

2017 genaplah usia perkahwinan aku & suami selama 3 tahun.Suatu masa yang agak panjang untuk kami jalani sebagai suami isteri & sebuah keluarga.
Belum lagi Allah kurniakan kami cahaya mata penyeri hidup,tapi kami tak pernah berputus asa.InsyaAllah akan sentiasa berusaha.
Perjalanan kehidupan dengan liku-liku yang kami tempuhi memang mencabar walaupun hanya keluarga kecil ini,kami bersyukur dengan segala kurniaan yang Allah berikan.

Siapa yang tak mahu menginginkan suami yang memahami dan siapa yang tak nak dikurniakan zuriat sebagai penyejuk mata.Semua orang yang dah berkahwin mesti ada perasaan itu.

Syukur pada Allah walaupun kami belum diberikan rezeki itu tapi aku masih bersyukur sebab Allah kurniakan aku suami.Suami yang memahami,suami yang sentiasa inginkan aku berasa gembira dan tidak mahu aku bersedih.

Abang,sekiranya coretan sayang ini abang boleh baca & hayati,sayang cuma nak ucapkan terima kasih atas segala kasih sayang itu.Sayang tahu bukan mudah untuk kita lalui semua dugaan yang datang,tapi abang tetap terus sabar,kita kena terus bersangka baik atas segalanya.

Berita kehamilanku pada Disember 2015,betul-betul menguji keimananku.Allah Maha Berkuasa atas segalanya,zuriat yang kami tunggu-tunggu selama ini telah pergi meninggalkan kami.hanya sekejap masa itu dapat aku rasai.Ya Allah bagaimana harus aku tempuhi.Aku dapat merasai saat kehamilan hanya lebih kurang 2 bulan.

Aku sentiasa berdoa dan tak putus berharap untuk membahagiakan suamiku dengan kehadiran si comel dalam hidup kami.

Ya Allah jika sekarang belum masanya untuk aku mempunyai cahaya mata,aku akan terus sabar.Andai telah tiba masanya nanti,aku berdoa agar Allah kuatkan rahimku,peliharalah cahaya mataku itu supaya menjadi penyejuk mata kami suami isteri.

Terima Kasih Allah atas pengalaman yang sekejap itu.


1.6.16

Marriage Life

Assalamualaikum semua.

Mood nak menulis ni kena kumpul-kumpul baru la boleh nak menaip.baru panjang sikit cerita.Topik apa yang nak aku cerita ini ialah kehidupan berkahwin.

Aku bukan seorang isteri yang cukup sempurna tapi aku bersyukur dikurniakan suami yang memahami.yang ini aku paling bersyukur.sebabnya kalau lah pasangan hidup kita tu jenis tak faham keadaan kita,macam mana kita nak ada komunikasi.TERIMA KASIH ABANG!

Aku cuma nak share dekat sini ciri-ciri yang wanita akan cari untuk calon suami mereka.rata-rata aku tengok semua nak yang caring,responsibility & ect.aku tertarik dengan status kat facebook seorang awek ni dia nak cari yang bukan kaki pukul.naik tangan naik kaki.bagus jugak tu.hehehe.

Selain itu,kalau nak tau la kan,aku tak pernah nak tetapkan macam mana calon suami aku dulu.aku pon tak paham aku ni jenis memilih jugak tapi bila time aku kawan dengan suami aku tu,aku macam tak ambil kisah pun siapa dia,kerja apa,serius aku tak pernah tanya.gila tak?hahahaha

Padahal time tu aku bukan tangkap cintan pun dengan suami aku tuh.cuma kawan jek.aku nih memang jenis tak tanya orang kerja apa.asalkan kerja jangan merompak ye tak.hahaha.aku nih bahaya gak dulu berkawan.yela sekali takut terkawan dengan orang entah apa2.bahaya2.Allah selamatkan aku.

Tapi dulu aku memang camtu.tak kisah sangat nak berkawan tanya semua benda.as long as dia tak maki hamun,cakap sopan dan kawan elok2 aku on je kawan dengan dorang.hahaha

Tapi korang semua jangan pulak jadi macam aku.kena tanya semua tu.luar dalam kena tanya.bukan main redah je.ok.

Then korang kena lebih berhati-hati nak berkawan zaman sekarang.tak semua dari kita wanita ni Allah bagi nasib sama jumpa lelaki yang baik2.Alhamdulillah dapat lelaki yang melindungi even since korang berkawan.bagus tu.

Aku just nak ingatkan wanita semua supaya kalau dapat lelaki yang sesuai dengan jiwa raga korang jaga elok2.Sama jugak untuk orang lelaki kalau dapat bakal isteri yang baik sikit2 kekurangan takpe la nanti korang boleh perbaiki.terima seadanya.jangan pertikaikan tau.

Ingat satu benda je kalau korang rasa korang tak cukup perfect,memang Allah nak bagi ko pasangan supaya saling melengkapi.betul tak?so yang sikit2 cacat kat pasangan tu ko terima & vice versa.permudahkan perkahwinan & betulkan niat untuk berumahtangga.

Satu lagi aku nak ingatkan pada sesiapa pun yang berkahwin tolonglah tanamkan sifat setia.benda ni susah nak cakap bila orang asyik persoalkan pasal tak boleh setia dengan pasangan.tak kiralah curang ke kahwin lain ke.yang tu aku tak nak sembang sangat.sebab lelaki memang dibolehkan kahwin lebih jika mampu.

Cuma yang aku nak tegaskan dekat sini,jadilah seorang yang setia dan sentiasa ingatkan diri untuk menyayangi orang yang hidup dengan korang yang bermula dari zero.hargai pengorbanan pasangan korang yang sanggup bersusah payah demi orang yang dia sayang.tak kira lelaki atau perempuan.kita sama2 tanamkan benda ni.tolonglah.

Pasangan yang bermula hidup susah dengan korang tu tak pernah dia merungut malah sentiasa bagi sokongan untuk korang terus hidup.hancur hati kalau selama ini kita setia dan beri tumpuan yang utama pada pasangan tapi pihak satu lagi buat tak endah.

Tapi kalau ini dah terjadi,especially kaum wanita la,aku tegaskan tolong pertahankan rumahtangga korang.aku tak nak korang mengalah dengan segala ujian Allah.tapi nak korang kentalkan perasaan dan hati demi hubungan rumahtangga.jangan give up.aku cakap sebab aku wanita.aku paham keadaan macam ini.so kaum wanita pertahankanlah.tapi kalau dah sampai tak boleh nak diselamatkan carilah penyelesaian terbaik ye.

Siapa lagi nak bagi sokongan kalau bukan dari kaum wanita sendiri.so jangan sedih jangan berduka.Allah sentiasa ada.serahkan pada Yang Maha Mengetahui.InsyaAllah.

Jadilah wanita yang tabah ye kawan2.
Wassalam.


21.2.16

2016 - Hospital Ampang

Assalamualaikum semua.

Finally aku dah dapat transfer.Almost 2 months dah kat sini.Alhamdulillah.Hope ada benda baik yang Allah nak bagi pada aku lepas ni.

So aku berharap agar semua pengalaman yang terjadi pada aku akan dijadikan sebagai pengajaran.

See u soon guys. 
Peace!


4.7.15

After Alomost A year

Assalamulaikum semua..Ya Allah seriously almos a year aku tak usik blog kesayangan aku ini.rindunya lah hai.hehe.macam macam benda aku pernah luahkan kat sini.

After 2013 is my life yang paling busy start end of year.lepas aku tunang tu start dah buat semua preparation sebab selang 5 bulan aku nikah dah.so dah start buat sikit2.


2014 tahun paling aku busy nak settle down here and there.lastly 31 Mei 2014 aku sah menjadi isteri for my husband.kami tak dapat nak settle down duduk sama because aku still tak dapat pindah.


Until now aku teringin nak start balik writing.hahaha.teringat semua kisah duka lara yang manis pahit telah dijadikan panduan.


I`m a happy wife right now even though we are still in PJJ,weekend husband & wife.yet kitorang still hope yang kitorang dapat settle down as soon as possible.yela sekarang dah setahun lebih kahwin,duduk jauh dengan suami,sedih la duduk sorang kat sini wei.....


Aku banyak lalui suka duka kehidupan selepas berkahwin sebab we all PJJ.dugaan yang datang,cabaran,rintangan semua aku cuba hadapi.


Seriously i miss all my writing in here.rasa macam nak baca balik semua ni.hahahha.ada lagi ke tak ek yang follow blog aku nih.ntah ntah semua dah tak bukak blog memasing.hehehe.


Bila kat sekolah ni aku asyik fikir jek bila la dapat transfer & duduk serumah dengan husband macam orang lain tu.. Ya Allah..Makbulkanlah doaku.


Rinduuuuuuuunyeee kat Mr Y.haha.raya mgu dpn ni baru balik.tahun ni dah kali ke 2 beraya bersama berdua.hehe.InsyaAllah tahun depan bertiga agaknya.hehe.Amin.


Apa lagi nak cerita nih,sebenarnya banyak nak cerita.haha.


Cukuplah dulu mukadimah kali ini,nanti aku post lagi ye.





Aku Kembali

  Assalamualaikum semua. Selepas hampir bertahun aku tinggalkan dunia blog ini,tapi hati tu kadang teringin jugak nak menulis dan meluahkan ...