16.9.09

Hatiku

pagi yang sepi
hujan turun mengikut nada yang sama dengan hatiku

pagi yang sepi
hujan turun mengikut irama yang sama dengan degupan jantungku

pagi yang suram
menandakan hati ini pilu

pagi ini
hatiku tersentap
hatiku terguris

kenapa semua ini terjadi??
kenapa sekarang ini semua berlaku??
kenapa saat aku merindukan dia perkara ini menjelma dalam hidupku??

apakah yang telah aku lakukan??
apakah salah silapku??
apakah punca semua ini dariku??

kenapa begitu senang dia melafazkan perkataan itu??
apakah tiada rasa kasih dan sayang terhadapku lagi??
apakah aku ini tiada makna baginya lagi??
apakah aku ini cuma persinggahan dalam hidupnya??
apakah aku hanya benda yang senang dipermainkan??

tak cukupkah pengorbanan aku terhadapnya?
tak cukupkah kesetiaan aku padanya??
sejauh mana lagi nak aku buktikan
keikhlasan hati
kejujuran
ketelusan
kasih dan sayang

jangan kerana perkara yang sebesar zarah
jangan kerana dek anasir-anasir luar
jangan kerana desakan orang lain

menjadikan hubungan kita begini....

Ya Allah...
kuatkanlah hatiku ini
imanku
tabahkan hatiku
aku tahu
Kau turunkan dugaan ini terhadapku
kerana aku mampu untuk menghadapinya
aku kuat untuk melawannya
aku hebat untuk mengawalnya



6.9.09

Saat Itu

kesepian malam
keheningan pagi
mencari-cari arah
mencari-cari tujuan
mencari tanda
mencari kepastian tentang hidup ini

tapi aku tahu
tujuan,arah serta kepastian dalam hidup perlu ada dalam tiap agenda hidup ini

tapi aku mengerti
tiap saat,detik ada seseorang yang sudi mengambil berat tentang hidupku

walaupun aku tak pernah nak faham keadaan dirinya
walaupun ada saja yang serba tak kena di mata ini

tapi yang pasti kasih sayang antara kami disemai dengan bunga-bunga cinta
yang dibaja dengan penuh kesetiaan,keikhlasan menjadi pengikat kasih ini





Demi Masa

BERBISIKLAH HATIKU MENGENANG MU
SAAT PERCINTAAN KITA BERLALU
SEPI MENCENGKAM DALAM HATI
MENAMBAH LUKA
SEANDAI ADA AKU KERIANGAN
HASRAT MENYENTUH SURIA HIDUPKU
NAMUN TERSUNGKUR MENJADI DEBU
TIDAK PERNAH TERDUGA
PERBALAHAN CINTA KITA
DI AKHIR HAYAT TERPISAH JUA

DEMI MASA AKU CUBA MENGHALANG SEMUA ITU
HANYA KERANA KASIH DAN SAYANG
BIAR PERCINTAAN INI TERUS BERSATU
BERIKAN AKU WAKTU MEMBUKTIKAN

OH KEKASIH
ADUHAI KEKASIH
TIADA AKU JEMU MENANTIKAN KEPUTUSAN
SEANDAINYA MASIH RINDU HULURKAN KU SAHUTKAN
PUASKU TERSIKSA
BAGAIKAN TERASA TIDAK BERMAKNA LAGI

Aku Kembali

  Assalamualaikum semua. Selepas hampir bertahun aku tinggalkan dunia blog ini,tapi hati tu kadang teringin jugak nak menulis dan meluahkan ...