25.1.09

Beginning

Waktu pagi
Hujan membasahi bumi
Ku terima mesej dari seseorang
Ku baca
Ku tatap
Ku renung

Hadirnya dalam hidupku
Mengungkap seribu cahaya
Mengungkap sejuta kata
Menterjemah kalimah cinta
Menterjemah naluri hati yang penuh dengan sinar bahagia

Ku mula mengenali dia
Ku mula mendengar suaranya
Ku mula terasa degupan di hatinya tatkala dia berkata
Ku mula tahu isi hatinya
Ku mula sedar ketulusan hatinya
Ku mula faham perlakuannya itu
Ku mula mengerti tiap maksud kata-katanya
Ku mula termenung sendiri
Ku mula melayan perasaan ku ini yang telah lama ku abaikan

Aku mula sedar tatkala itu
Jangan tutup semua pintu hati
Hanya kerana kisah yang lalu
Baru tadi menangisi kisah silamku
Baru tadi aku berasa sunyi
Baru tadi aku berasa sakit pilu sesak dihati

Namun
Aku tahu Aku faham Aku mengerti
Allah itu Maha Agung
Tatkala aku sedih
Tatkala si dia menghancurkan hatiku
Rupa-rupanya Tuhan itu mahu menghadiahkan aku sesuatu

Aku tahu Aku faham Aku Mengerti
Tatkala aku sepi hiba
Rupa-rupanya Tuhan mahu menghadirkan seseorang dalam hidupku
Ku berharap
Seseorang itu mampu menerimaku seadanya
Seseorang itu mampu memahamiku
Seseorang itu mampu menyayangiku
Seseorang itu mampu mengasihiku
Seseorang itu mampu menjagaku
Seseorang itu tahu menghargai rasa cintaku

Bukan banyak yang aku pinta
Kerana aku juga manusia biasa
Bukan banyak yang aku mahu
Kerana aku tahu siapa aku
Bukan aku mahu sempurna segalanya

Tapi aku hanya mahu
Kau tahu menghargai cintaku
Kau tahu siapa diriku
Kau mengerti isi hatiku
Kau mengerti tiap perjalanan hidupku
Kau tahu siapa keluargaku
Kau tahu tujuan kita menjalin hubungan ini

Allah itu Maha Agung
Menghadirkan cinta dalam hatimu
Biarpun cintaku tak sedalam cintamu
Namun kau sanggup beri aku peluang
Kau sanggup beri aku masa
Untuk aku belajar mengenali dirimu
Untuk belajar memahami dirimu
Untuk belajar mencintaimu
Untuk belajar menghargai kasihmu
Untuk belajar menerima dirimu seadanya

Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
Kepadamu wahai sang putera
Bersyukur aku kepada Tuhan
Alhamdulillah
Akhirnya
Aku dan dia telah memutuskan untuk belajar menerima dan menghargai peluang yang ada

No comments:

Post a Comment

Aku Kembali

  Assalamualaikum semua. Selepas hampir bertahun aku tinggalkan dunia blog ini,tapi hati tu kadang teringin jugak nak menulis dan meluahkan ...