25.1.09

My Heart

Hati ini
sunyi sepi
Hati ini
terasa sedih
Hati ini
terasa pilu
Hati ini
makin sesak
Hati ini
makin hancur
Hati ini
sentiasa berdegup
Hati ini
yang telah kau hancurkan
Hati ini juga
yang telah kau curi
pada satu ketika dulu

Namun
tiada siapa yang mengerti
apa yang ada dalam tiap sudut hatiku
tiada yang ambil tahu
akan apa yang telah aku lalui
tiada pun kau tahu
bagaimana harus aku lalui ini semua
apa yang kau tahu
hanya senang mengungkap kata putus
tiada yang kau tahu
rasa cinta aku
tiada kau tahu
sakitnya hati ku

Hatiku
tak mampu untuk kau hancurkan lagi
tak mampu aku leburkan
tak mampu aku leraikan

Hatiku
aku kutip tiap cebisan yang hancur
aku simpan
aku semai kembali
aku usaha menyuburkan kembali kasihku
biar kau nampak itu semua
biar kau tahu sejauh dan sedalam mana cintaku
biar kau sedar
bagaimana aku menyintai dirimu
biar kau tahu
biar kau rasa
apa yang aku rasa
biar kau mengerti
tiap apa yang aku lalui
aku harap kau mengerti

Namun itu semua hanya mimpi
impian yang kau bina
impian yang kau semai
impian yang kau tanamkan
hancur lebur

Aku pasrah
Aku redha
Aku berserah

Hanya kepada Tuhan tempat aku mengadu..

No comments:

Post a Comment

Aku Kembali

  Assalamualaikum semua. Selepas hampir bertahun aku tinggalkan dunia blog ini,tapi hati tu kadang teringin jugak nak menulis dan meluahkan ...