25.1.09

Tak Mampu Ku Lupakan

Aku tak mengerti
Aku tak tahu
mengapa aku tak mampu melupakanmu

Bila malam mengundang sepi
Bila bulan menampakkan cahaya
Bila aku sendiri
Bila aku sepi

Walau kau telah mengundur diri
Walau kau telah hancurkan hatiku ini
Walau kau telah tinggalkan kesan hitam di hatiku ini
Walau kau telah mungkirkan janji-janji itu
Walaupun kau membuatku berduka
Walau kau telah membuatku sakit dan pilu
Walau kau telah membuatku menangisi diriku ini
Walau kau hanya mampu memohon kemaafan

Aku masih belum mampu memaafkanmu
Aku masih belum mampu melupakan itu semua
Sebagaimana kau mampu melupakan aku
Hanya dengan sekelip mata

Namun aku tak kisah tentang semua itu
Aku harus tahu cinta bukan paksaan
Aku tak mampu buang semua kisah cinta kita
Aku tak mampu mengalirkan air mata lagi
Aku tak mampu melenyapkan memori itu
Atas tiap perlakuanmu
Sepanjang hidupku..

No comments:

Post a Comment

Aku Kembali

  Assalamualaikum semua. Selepas hampir bertahun aku tinggalkan dunia blog ini,tapi hati tu kadang teringin jugak nak menulis dan meluahkan ...