16.9.09

Hatiku

pagi yang sepi
hujan turun mengikut nada yang sama dengan hatiku

pagi yang sepi
hujan turun mengikut irama yang sama dengan degupan jantungku

pagi yang suram
menandakan hati ini pilu

pagi ini
hatiku tersentap
hatiku terguris

kenapa semua ini terjadi??
kenapa sekarang ini semua berlaku??
kenapa saat aku merindukan dia perkara ini menjelma dalam hidupku??

apakah yang telah aku lakukan??
apakah salah silapku??
apakah punca semua ini dariku??

kenapa begitu senang dia melafazkan perkataan itu??
apakah tiada rasa kasih dan sayang terhadapku lagi??
apakah aku ini tiada makna baginya lagi??
apakah aku ini cuma persinggahan dalam hidupnya??
apakah aku hanya benda yang senang dipermainkan??

tak cukupkah pengorbanan aku terhadapnya?
tak cukupkah kesetiaan aku padanya??
sejauh mana lagi nak aku buktikan
keikhlasan hati
kejujuran
ketelusan
kasih dan sayang

jangan kerana perkara yang sebesar zarah
jangan kerana dek anasir-anasir luar
jangan kerana desakan orang lain

menjadikan hubungan kita begini....

Ya Allah...
kuatkanlah hatiku ini
imanku
tabahkan hatiku
aku tahu
Kau turunkan dugaan ini terhadapku
kerana aku mampu untuk menghadapinya
aku kuat untuk melawannya
aku hebat untuk mengawalnya



No comments:

Post a Comment

Aku Kembali

  Assalamualaikum semua. Selepas hampir bertahun aku tinggalkan dunia blog ini,tapi hati tu kadang teringin jugak nak menulis dan meluahkan ...