1.6.16

Marriage Life

Assalamualaikum semua.

Mood nak menulis ni kena kumpul-kumpul baru la boleh nak menaip.baru panjang sikit cerita.Topik apa yang nak aku cerita ini ialah kehidupan berkahwin.

Aku bukan seorang isteri yang cukup sempurna tapi aku bersyukur dikurniakan suami yang memahami.yang ini aku paling bersyukur.sebabnya kalau lah pasangan hidup kita tu jenis tak faham keadaan kita,macam mana kita nak ada komunikasi.TERIMA KASIH ABANG!

Aku cuma nak share dekat sini ciri-ciri yang wanita akan cari untuk calon suami mereka.rata-rata aku tengok semua nak yang caring,responsibility & ect.aku tertarik dengan status kat facebook seorang awek ni dia nak cari yang bukan kaki pukul.naik tangan naik kaki.bagus jugak tu.hehehe.

Selain itu,kalau nak tau la kan,aku tak pernah nak tetapkan macam mana calon suami aku dulu.aku pon tak paham aku ni jenis memilih jugak tapi bila time aku kawan dengan suami aku tu,aku macam tak ambil kisah pun siapa dia,kerja apa,serius aku tak pernah tanya.gila tak?hahahaha

Padahal time tu aku bukan tangkap cintan pun dengan suami aku tuh.cuma kawan jek.aku nih memang jenis tak tanya orang kerja apa.asalkan kerja jangan merompak ye tak.hahaha.aku nih bahaya gak dulu berkawan.yela sekali takut terkawan dengan orang entah apa2.bahaya2.Allah selamatkan aku.

Tapi dulu aku memang camtu.tak kisah sangat nak berkawan tanya semua benda.as long as dia tak maki hamun,cakap sopan dan kawan elok2 aku on je kawan dengan dorang.hahaha

Tapi korang semua jangan pulak jadi macam aku.kena tanya semua tu.luar dalam kena tanya.bukan main redah je.ok.

Then korang kena lebih berhati-hati nak berkawan zaman sekarang.tak semua dari kita wanita ni Allah bagi nasib sama jumpa lelaki yang baik2.Alhamdulillah dapat lelaki yang melindungi even since korang berkawan.bagus tu.

Aku just nak ingatkan wanita semua supaya kalau dapat lelaki yang sesuai dengan jiwa raga korang jaga elok2.Sama jugak untuk orang lelaki kalau dapat bakal isteri yang baik sikit2 kekurangan takpe la nanti korang boleh perbaiki.terima seadanya.jangan pertikaikan tau.

Ingat satu benda je kalau korang rasa korang tak cukup perfect,memang Allah nak bagi ko pasangan supaya saling melengkapi.betul tak?so yang sikit2 cacat kat pasangan tu ko terima & vice versa.permudahkan perkahwinan & betulkan niat untuk berumahtangga.

Satu lagi aku nak ingatkan pada sesiapa pun yang berkahwin tolonglah tanamkan sifat setia.benda ni susah nak cakap bila orang asyik persoalkan pasal tak boleh setia dengan pasangan.tak kiralah curang ke kahwin lain ke.yang tu aku tak nak sembang sangat.sebab lelaki memang dibolehkan kahwin lebih jika mampu.

Cuma yang aku nak tegaskan dekat sini,jadilah seorang yang setia dan sentiasa ingatkan diri untuk menyayangi orang yang hidup dengan korang yang bermula dari zero.hargai pengorbanan pasangan korang yang sanggup bersusah payah demi orang yang dia sayang.tak kira lelaki atau perempuan.kita sama2 tanamkan benda ni.tolonglah.

Pasangan yang bermula hidup susah dengan korang tu tak pernah dia merungut malah sentiasa bagi sokongan untuk korang terus hidup.hancur hati kalau selama ini kita setia dan beri tumpuan yang utama pada pasangan tapi pihak satu lagi buat tak endah.

Tapi kalau ini dah terjadi,especially kaum wanita la,aku tegaskan tolong pertahankan rumahtangga korang.aku tak nak korang mengalah dengan segala ujian Allah.tapi nak korang kentalkan perasaan dan hati demi hubungan rumahtangga.jangan give up.aku cakap sebab aku wanita.aku paham keadaan macam ini.so kaum wanita pertahankanlah.tapi kalau dah sampai tak boleh nak diselamatkan carilah penyelesaian terbaik ye.

Siapa lagi nak bagi sokongan kalau bukan dari kaum wanita sendiri.so jangan sedih jangan berduka.Allah sentiasa ada.serahkan pada Yang Maha Mengetahui.InsyaAllah.

Jadilah wanita yang tabah ye kawan2.
Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Aku Kembali

  Assalamualaikum semua. Selepas hampir bertahun aku tinggalkan dunia blog ini,tapi hati tu kadang teringin jugak nak menulis dan meluahkan ...