26.9.17

Kehadiran Yang Dinanti

Assalamualaikum

Syukur kepada Allah kerana telah makbulkan doaku ini.Akhirnya pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu aku telah pon disahkan mengandung.
Allahurabbi

Betapa gembiranya hati ini yang telah lama menanti untuk menceriakan lagi hari-hari kami suami isteri.Sebagai tanda kasih sayang untuk suamiku,inilah hadiah yang sayang mampu beri pada abang.

Terima kasih Allah atas kurniaan ini.

Pengalaman aku kali ini agak panjang,memandangkan dulu aku hanya sempat pregnant 2 bulan.
Alhamdulillah kini aku dah lepas tahap-tahap yang mencabar iaitu morning sickness.
Sekarang aku dah masuk bulan yang ke 5.Meniti hari-hari yang mendatang aku berasa ini adalah pengalaman yang agak mencabar sebagai seorang ibu.
Orang cakap time pregnant enjoy la puas-puas.Nanti dah bersalin tinggal nak jadi mata panda je.Hehehe.

So far aku punya morning sickness sebulan lebih.Memang terus melepek lepas makan pagi.Suami aku setia disis sampaikan hampir semua kerja rumah suami aku buat.Aku dah tak larat nak bangun.
Badan pun turun sampai 2kg.

Bila dah melepasi tahap morning sickness alhamdulillah selera makin baik.So far aku boleh makan dan kadang-kadang teringin untuk sesuatu yang senang nak dapat.
Belum lagi yang pelik-pelik aku rasa nak makan.

Aku akan sambung penulisan selepas ini.
Aku dah lapar lagi nak makan.hehehehe.

Daaaa...

No comments:

Post a Comment

Aku Kembali

  Assalamualaikum semua. Selepas hampir bertahun aku tinggalkan dunia blog ini,tapi hati tu kadang teringin jugak nak menulis dan meluahkan ...