13.4.22

 Assalamualaikum...

Bermulanya aku menulis kembali setelah bertahun blog ini aku tinggalkan.hanya kenangan dalam bidang penulisan sahaja yang masih aku simpan.

Kesempatan untuk aku menulis sudah lebur.

Kini aku cuba untuk memenuhi ruang blog ini kembali untuk memberi kesempatan dan peluang supaya otak aku tidak tumpul.hahaha

Sudah 10 tahun perkhidmatan aku dalam sektor kerajaan.sudah lebih 3 buah sekolah setakat ini aku berkhidmat.sepanjang menjalankan perkhidmatan aku banyak memehami kerenah manusia,kefahaman mereka dan kelakuan murid-murid yang pelbagai.

Bukan itu sahaja,setiap pengalaman bersama anak istimewa ini membawa aku kepada pengalaman yang luar biasa dan bermakna.

Penat jangan cakap,dalam membentuk diri dan pengurusan murid-murid ini.

Murid istimewa ini perlukan pendekatan berbeza dengan kategori murid normal.

Akan tetapi pengalaman ini akan aku simpan kemas dalam memori agar setiap perjalanan kerjaya aku dapat dilakukan dengan penuh iltizam.

Semua pengalaman akan mematangkan kita untuk menempuh kehidupan akan datang. 

Sehingga berjumpa kembali di posting yang lain.Salam Ramadhan Al Mubarak.


No comments:

Post a Comment

Aku Kembali

  Assalamualaikum semua. Selepas hampir bertahun aku tinggalkan dunia blog ini,tapi hati tu kadang teringin jugak nak menulis dan meluahkan ...