19.3.17

Penyejuk Mata Kami


Assalamualaikum semua..

2017 genaplah usia perkahwinan aku & suami selama 3 tahun.Suatu masa yang agak panjang untuk kami jalani sebagai suami isteri & sebuah keluarga.
Belum lagi Allah kurniakan kami cahaya mata penyeri hidup,tapi kami tak pernah berputus asa.InsyaAllah akan sentiasa berusaha.
Perjalanan kehidupan dengan liku-liku yang kami tempuhi memang mencabar walaupun hanya keluarga kecil ini,kami bersyukur dengan segala kurniaan yang Allah berikan.

Siapa yang tak mahu menginginkan suami yang memahami dan siapa yang tak nak dikurniakan zuriat sebagai penyejuk mata.Semua orang yang dah berkahwin mesti ada perasaan itu.

Syukur pada Allah walaupun kami belum diberikan rezeki itu tapi aku masih bersyukur sebab Allah kurniakan aku suami.Suami yang memahami,suami yang sentiasa inginkan aku berasa gembira dan tidak mahu aku bersedih.

Abang,sekiranya coretan sayang ini abang boleh baca & hayati,sayang cuma nak ucapkan terima kasih atas segala kasih sayang itu.Sayang tahu bukan mudah untuk kita lalui semua dugaan yang datang,tapi abang tetap terus sabar,kita kena terus bersangka baik atas segalanya.

Berita kehamilanku pada Disember 2015,betul-betul menguji keimananku.Allah Maha Berkuasa atas segalanya,zuriat yang kami tunggu-tunggu selama ini telah pergi meninggalkan kami.hanya sekejap masa itu dapat aku rasai.Ya Allah bagaimana harus aku tempuhi.Aku dapat merasai saat kehamilan hanya lebih kurang 2 bulan.

Aku sentiasa berdoa dan tak putus berharap untuk membahagiakan suamiku dengan kehadiran si comel dalam hidup kami.

Ya Allah jika sekarang belum masanya untuk aku mempunyai cahaya mata,aku akan terus sabar.Andai telah tiba masanya nanti,aku berdoa agar Allah kuatkan rahimku,peliharalah cahaya mataku itu supaya menjadi penyejuk mata kami suami isteri.

Terima Kasih Allah atas pengalaman yang sekejap itu.


No comments:

Post a Comment

Aku Kembali

  Assalamualaikum semua. Selepas hampir bertahun aku tinggalkan dunia blog ini,tapi hati tu kadang teringin jugak nak menulis dan meluahkan ...